Perkhidmatan kaunseling yang akan anda lalui adalah proses menolongyang dikendalikan oleh seorang kaunselor bertujuan membantu andamengurus masalah atau isu yang sedang dihadapi dan juga untuk perkembangan diri anda secara keseluruhan.
Anda diharap dapat memberi kerjasama dan perhatian semasa sesi dijalankan. Komitmen dan kejujuran anda amat dihargai dalam membantu kaunselor memahami situasi anda. Anda bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya untuk menghasilkan perubahan yang diingini.
Maklumat yang dibincangkan di sepanjang sesi kaunseling akan dirahsiakan, kecuali bagi perkara yang boleh memudaratkan diri, kaunselor dan individu lain (sebagai contoh anda cuba mencederakan diri atau terlibat dalam kesalahan jenayah).
Maklumat sesi kaunseling akan direkod dan disimpan di tempat yang selamat.Walaubagaimanapun, maklumat ini perlu diberikan kepada pihak berkepentingan sekiranya dimintaatau atas arahan mahkamah.
Di sepanjang proses kaunseling berlangsung, anda mungkin mengalami perubahan dari segi emosi, kognitif atau tingkah laku. Ini adalah sebahagian daripada proses kaunseling dan anda diharap dapat menghadapinya dengan fikiran dan hati yang terbuka.
Kaunselor akan meminta persetujuan anda sekiranya kes anda perlu dirujukkepada pihak lain yang bersesuaian.