Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

8 BERADIK KINI YATIM PIATU


SEREMBAN, 23 Jan - Selepas bertarung lebih seminggu daripada koma akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan buah pinggang, Amran Isa, 39, telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) jam 5 petang tadi.

Arwah meninggalkan 8 orang anak berusia 1 hingga 18 tahun setelah kehilangan isteri tahun lalu. Buat masa ini, anak-anak arwah akan dijaga oleh adik yang tinggal di Taman Matahari Indah, Senawang.

Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS) melalui Wilayah Tengah telah menyampaikan sumbangan pengurusan jenazah kepada waris. Jenazah akan dikebumikan di Felda Tementi, Triang, Pahang malam ini.

Gambar ihsan: Che Som Omar

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.