Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KERAJAAN NEGERI, BAITULMAL ZIARAH 8 BERADIK YATIM PIATU

SENAWANG, 28 Jan - Barisan kepimpinan kerajaan negeri bersama-sama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS) pagi tadi telah turun menziarahi 8 beradik yang tinggal di Bandar Seremban Selatan yang baru kehilangan bapa minggu lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman.

Bantuan yang disampaikan dalam ziarah tersebut berbentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur selain bantuan-bantuan susulan secara terperinci yang bakal dirancang oleh badan-badan bertanggungjawab. Buat masa ini, 8 beradik ini dijaga oleh bapa dan ibu saudara yang tinggal di Taman Matahari Indah, Senawang.

Hadir menyampaikan bantuan ialah Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof, isteri kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan merangkap ADUN Paroi, Dato' Mohamad Taufek Abd. Ghani, Ketua Unit Kebajikan, PBMalNS, Ust. Mohd. Zahid Mohammad serta wakil-wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tugasan: Unit Media Baharu/Ain Rahman

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.