Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

LUMPUH SEJAK TINGKATAN 4

SEREMBAN, 29 Jan - "Malam itu saya pesan pada Amirun, tak payahlah main futsal. Tetapi dia pergi juga walaupun memang dia minta kebenaran saya," kata Noor Aziz Mohd. Nazri, bapa kepada penerima bantuan BaitulMal yang lumpuh sejak berumur 16 tahun akibat kemalangan jalan raya.

Menceritakan detik selepas kemalangan, pihak hospital mengesahkan anaknya, Amirun Noor Aziz, 22, mengalami pendarahan dalam otak yang mengakibatkan lumpuh hampir seluruh badan dan memerlukan penjagaan maksimum sehingga terpaksa berhenti daripada persekolahan.

"Sekarang saya hanya bekerja di kedai makan milik adik saya di Senawang dan isteri sepenuh masa di rumah menjaga Amirun," tambah Aziz.

Berdasarkan rekod, Amirun dibantu oleh BaitulMal sejak tahun 2014 dengan bantuan perubatan seperti katil khas pesakit lumpuh, 'ripple mattress' dan 'portable suctioning machine' selain bantuan bulanan berupa 20 tin susu berjenama Ensure dan 10 pek lampin pakai buang berjenama Tena.

Hadir menziarahi keluarga beliau pagi tadi, Unit Khidmat Kesihatan, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS) melalui ketuanya, Norhafizah Daud, menyampaikan sendiri bantuan bulanan yang digunakan bagi meringankan beban yang ditanggung.

"Dia satu-satunya anak saya. Bak kata orang, segala-galanya dicurahkan untuk dia. Saya harapkan dia akan menjaga saya dan isteri bila sudah tua tetapi ini rezeki yang Tuhan nak beri kepada kami," tambah Aziz.

Foto | Berita: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.