Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

"MEMANG SUSAH, TETAPI SAYA YAKIN INI BAHAGIAN SAYA YANG ALLAH DAH TENTUKAN"

SEREMBAN, 29 Jan - Dikesan mempunyai darah beku dalam otak pada 2011, Jalaluddin Junit, 57, sehingga kini hanya mampu terlantar dengan dibantu sepenuhnya isteri dalam menguruskan hal-hal seharian.

Melalui dana zakat, beliau telah dibantu sejak bulan Mei 2017 dengan bantuan perubatan berupa 16 pek lampin pakai buang berjenama Tena dan 5 tin susu berjenama Enercal setiap bulan sehingga kini. Beliau yang juga penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga turut menerima pencen ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Hadir menziarahi beliau pagi tadi di kediamannya di Garden Homes, Seremban 2, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS) melalui Unit Khidmat Kesihatan, Bahagian Agihan, Jabatan Zakat telah turun menyampaikan sendiri bantuan bulanan yang diperlukan bagi meringankan beban beliau.

Isterinya ketika ditemuramah melahirkan rasa kesyukuran dengan bantuan yang diterima kerana sejak hilang punca pendapatan utama keluarga, beliau melakukan pelbagai pekerjaan termasuk bekerja sebagai pembantu kedai dengan upah hanya RM20 sehari.

"Saya kena kuat untuk suami dan anak-anak. Memang hidup kami susah sejak suami terlantar tetapi saya yakin ini bahagian saya yang Allah dah tentukan," katanya.

Foto | Berita: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.