Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BAITULMAL, ADUN ZIARAH PESAKIT STROK, PARU-PARU BERAIR

SEREMBAN, 30 Jan - Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS) melalui Bahagian Agihan Seremban bersama-sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan merangkap ADUN Paroi, Dato' Mohamad Taufek Abd. Ghani, pagi tadi telah turun padang menziarahi seorang pesakit strok di Seremban Selatan dan warga emas yang menderita penyakit paru-paru berair di Ampangan. Basir Md. Zain, 53, menderita strok sejak sebulan yang lalu baru sahaja kehilangan pekerjaannya setelah lumpuh separuh badan. Isteri pula hanya bekerja sebagai tukang cuci di sekolah. Selain mengharapkan isteri dan anak untuk urusan seharian, Basir kini tidak mampu lagi menjelaskan bayaran sewaan rumah dan bil elektrik. Mengambil cakna kesusahan dialami beliau, bantuan berbentuk cek dan barangan keperluan dapur telah disampaikan. Ziarah seterusnya ke rumah Koen Tahir, 77, yang mengalami penyakit paru-paru berair dan semput. Beliau baru sahaja dibenarkan keluar hospital setelah hampir sebulan ditahan di wad. Kini beliau hanya dijaga oleh jiran dan tinggal menumpang di Sungai Landak, Ampangan. Difahamkan, beliau terpaksa tinggal bersama jirannya setelah puas mencari anak-anak yang berpisah hampir 20 tahun lalu. Dengan keadaan penyakit yang dialami dan usia yang lanjut, beliau sendiri berulang-alik ke hospital dengan menaiki bas bagi pemeriksaan dan rawatan. Beliau yang juga penerima bantuan bulanan daripada BaitulMal turut akan dipertimbangkan untuk menerima bantuan sara hidup serta kos pengangkutan ke hospital. Turut mengiringi ADUN Paroi menyampaikan bantuan ialah Che Som Omar, Ketua Wilayah Tengah dan Zalini Musa, Pegawai Agihan Seremban, PBMalNS. Tugasan: Unit Media Baharu/Ain Rahman

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.