Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

'MOBILE TEAM' ZIARAH PESAKIT DI TAMAN RASA SAYANG

SEREMBAN, 7 Feb - Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS) melalui Bahagian Agihan Seremban bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan merangkap ADUN Paroi, Dato' Mohamad Taufek Abd. Ghani serta skuad ‘Mobile Team’ terdiri daripada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Seremban, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Pembangunan Negeri dan Klinik Kesihatan Senawang telah turun padang menziarahi seorang pesakit yang kesusahan di Taman Rasa Sayang, Senawang.

Hashimah Samah, 52, mengalami beberapa masalah kesihatan diri antaranya darah tinggi, gastrik, angin pasang serta kesakitan melampau pada lutut kanan atas faktor berat badan berlebihan. Beliau hanya tinggal seorang diri di rumah pusaka peninggalan arwah ibunya disebabkan tidak pernah berkahwin.

Beliau yang juga tiada sumber pendapatan hanya bergantung pemberian ihsan adik-beradik yang datang menziarahinya. Berdasarkan rekod BaitulMal, beliau pernah dibantu sebelum ini dengan bantuan tunggakan bil elektrik.

Hasil ziarah, jabatan dan agensi berkenaan telah mengambil maklum akan kesusahan beliau untuk tindakan selanjutnya dan sedikit bantuan barangan dapur telah disampaikan. PBMalNS juga telah meluluskan permohonan bantuan bulanan sebanyak RM250 atas faktor kesihatan dan tiada punca pendapatan.

Bersama dalam ziarah Hadzriq Abdul Karim, Pegawai Kesejahteraan Rakyat, Pejabat Pembangunan Negeri, Azlina Mohd Gorib, Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suryati Kamarudin, Pembantu Pegawai Pembangunan Masyarakat, Munirah Bibi Hamsa, Penolong Pegawai Diplomatik Seremban, Che Som Omar, Ketua Wilayah Tengah, PBMalNS dan Zalini Musa, Pegawai Agihan Seremban.

Tugasan: Unit Media Baharu/Ain Rahman

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.