Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ZIARAH MANGSA KEBAKARAN SEREMBAN SELATAN

SEREMBAN, 10 Feb - Kebakaran yang berpunca daripada litar pintas memusnahkan hampir 90 peratus peralatan dan perabot rumah Irwan Jamian, 39, yang tinggal di Bandar Seremban Selatan.

Ketika kejadian pada 6.15 petang Jumaat lalu, isteri serta 3 orang anaknya sedang berada di rumah. Kebakaran merebak begitu pantas namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mendapat perkhabaran tersebut, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS) melalui Unit Khidmat Kebajikan, Bahagian Agihan Zakat telah menziarahi Irwan sekeluarga petang semalam. Bantuan tunai kecemasan berjumlah RM500 telah disampaikan. Bantuan-bantuan susulan yang dinilai perlu akan disalurkan berdasarkan permohonan selepas segala urusan laporan kejadian selesai.

TUGASAN: Unit Media Baharu/Ain Rahman

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.