Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

28 PELAJAR KE TIMUR TENGAH TAJAAN ZAKAT JALANI KURSUS PERSEDIAAN

BANGI, 19 Ogos - Seramai 28 orang anak Negeri Sembilan yang akan melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah melalui dana zakat memulakan kursus persediaan mereka semalam bertempat di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi. Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah (KPPTT) bagi tahun 2019 itu akan mengambil masa selama 2 minggu di kampus tersebut.

KPPTT adalah inisiatif away Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Arab terhadap guru dan pelajar dalam persediaan untuk mengajar atau melanjutkan pelajaran ke negara-negara Timur Tengah. Dalam siri kursus kali ini, 7 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan akan melanjutkan pelajaran mereka ke Maghribi dalam jurusan Pengajian Islam dan ke Mesir dalam jurusan Pengajian Ulum Islamiah, Qiraat dan Pergigian.

Kesemua peserta kursus bersama pegawai pengiring daripada Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS) bertolak ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi seawal jam 7.30 pagi dari Bangunan Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menaiki bas yang disediakan. Disambut oleh sekretariat IPG, peserta kursus diberikan taklimat awal di Dewan Idris al-Marbawi oleh Dr. Mohd. Ziyad bin Mukhtar, pensyarah di institut tersebut. Ucapan perasmian pula telah disempurnakan oleh Dr. Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Pengarah, IPG Kampus. Turut mengiringi, Ust. Mahadi bin Ali, Ketua Bahagian Agihan, PBMalNS dan Ustazah Syahirah binti Mohd. Yusof, Ketua Unit Khidmat Pendidikan, PBMalNS.

Melalui dana zakat, kesemua pelajar ini akan menerima pinjaman pelajaran boleh ubah bergantung kepada yuran universiti negara masing-masing serta elaun sara hidup. Kadar bayaran balik pinjaman juga bergantung kepada keputusan akhir pengajian yang mana pinjaman akan berubah menjadi dermasiswa sekiranya pelajar memperoleh gred Mumtaz seperti dalam perjanjian dan seterusnya.

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.