Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AKHIR ANAK ASNAF

SEREMBAN, 15 Ogos - Zakat bukan sahaja dimanfaatkan untuk asnaf, malahan anak-anak asnaf di negeri ini turut disantuni dengan pelbagai program dan pengisian terutama bagi mereka yang masih di bangku persekolahan. Unit Kaunseling Asnaf, Jabatan Kaunseling dan Infrastruktur Khas, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS) hari ini telah menganjurkan Program Motivasi Pecutan Akhir Anak Asnaf khusus buat anak-anak asnaf yang bakal menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Program yang berlangsung selama setengah hari bermula pagi tadi di Dewan Menara MAINS itu disertai lebih 80 orang anak-anak asnaf Seremban. Antara pengisian yang diberikan adalah teknik pecutan akhir belajar dan persediaan akhir sebelum menghadiri peperiksaan yang disampaikan oleh konsultan dilantik. Anak-anak asnaf yang hadir juga diberikan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor PBMalNS. Pada penghujung program, ucapan perasmian penutupan dan penyampaian saguhati kepada setiap anak-anak asnaf telah disempurnakan oleh Ust. Zainal bin Said, Ketua Jabatan Zakat, PBMalNS. Turut hadir Ust. Wan Aminuddin bin Wan Abdullah, Ketua Bahagian Kaunseling dan Zana Roslinda binti Ujang, Ketua Unit Kaunseling Asnaf, PBMalNS.

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.