Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

11 PELAJAR TAJAAN ZAKAT TERBANG KE MESIR

KLIA, 13 Sep – Seramai 11 orang pelajar tajaan zakat yang diterima menyambung pengajian ke Mesir telah selamat berlepas pada jam 9.30 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kumpulan pelajar yang berlepas hari ini akan mengikuti jurusan Pengajian Ulum Islamiah, Qiraat dan Pergigian di Mesir.

Kesemua pelajar ini akan menerima pinjaman pelajaran bergantung kepada yuran yang ditetapkan pihak universiti serta elaun sara hidup. Kadar bayaran balik pinjaman juga bergantung kepada keputusan akhir pengajian yang mana pinjaman akan berubah menjadi dermasiswa sekiranya pelajar memperoleh gred Mumtaz seperti dalam perjanjian yang telah ditandatangani.

Dalam majlis tersebut, taklimat dan kata-kata semangat telah disampaikan oleh Ust. Mahadi bin Ali, Ketua Bahagian Agihan, PBMalNS, Ustazah Syahirah binti Mohd. Yusof, Ketua Unit Khidmat Pendidikan sejurus sebelum pelajar memasuki penerbangan. Mengiringi pelajar ke Mesir ialah Ust. Ibrahim bin Nor Azam, Pegawai Rumah Negeri Sembilan-Kaherah, Mesir. Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Kaherah pada jam 5.00 petang (Waktu Mesir).

Foto : Unit Media Baharu/Ain Rahman

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.