Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BAITULMAL SANTUNI MUALLAF SEBATANG KARA

SEREMBAN, 13 Sep - “Saya mula tertarik dengan Islam ketika melihat orang-orang Islam pagi-pagi lagi dah pergi solat dan mengaji. Pekerjaan lama sayapun banyak membawa saya ke masjid-masjid satu Malaysia,” begitu luahan Ahmad Kamal Abdullah, 58, ketika ditanya bagaimana hati beliau tertarik dengan Islam dalam ziarah yang dijalankan Unit Kecemerlangan Muallaf, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS) pagi tadi.

Ahmad Kamal yang tinggal seorang diri di Rumah Pangsa Kos Rendah, Taman Bukit Berlian, Seremban turut menerima kunjungan daripada Rakan Ziarah, Unit Ukhuwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam ziarah yang sama. Beliau menerima bantuan am kebajikan berjumlah RM1,000 yang telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Adnan Abdullah, Ketua Unit Kecemerlangan Muallaf, PBMalNS. Sejak memeluk Islam pada 2014, beliau turut menerima bantuan bulanan muallaf, bantuan barangan dapur dan bantuan perubatan untuk membeli susu berjumlah RM1,000.

Ketika ziarah dilakukan, Ahmad Kamal lebih banyak bercerita mengenai kisah awal kehidupan beliau memeluk Islam. Beliau juga bercerita mengenai aturan ubat yang perlu diikuti oleh beliau yang juga menghidap strok sebelah kiri badan. Skuad Rakan Ziarah yang diwakili Norsyuhada Kamal dan Nurul Aimah Dudung juga banyak membantu dalam memudahkan urusan seharian dan kebajikan Ahmad Kamal seperti pembelian ubat, makanan termasuk bimbingan fardhu ain.

Turut serta dalam ziarah Muhammad Hazwan Amran dan Nor Akhilah Abdul Rahman daripada Unit Kecemerlangan Muallaf, PBMalNS.

Foto | Berita: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.