Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BAITULMAL BANTU WALKING FRAME PESAKIT PATAH TULANG

70847931 1376151705880748 1775771013263392768 n

SEREMBAN 2, 25 Sept - Bak jatuh ditimpa tangga, sejak mengalami kemalangan Ramadan tahun ini, Mohd. Zul Zamzariman Othman yang kehilangan upaya patah tulang rusuk, tulang punggung dan lengan kini kehabisan pula semua duit simpanan atas sebab perbelanjaan perubatan dan harian menanggung isteri yang patah paha kiri dan dua orang anak termasuk seorang di IPTS.

Rumah yang didiami mereka sekeluarga di Flat Dahlia Garden Avenue, Seremban 2 pula kini mempunyai bayaran tertunggak sejak April. Isteri, yang kini menjalani fisioterapi hanya mampu melakukan tugas-tugas harian di rumah dengan kerusi roda hasil pemberian rakan.

Lantaran daripada kemalangan tersebut, isterinya tidak layak mendapat tuntutan bayaran cuti sakit. Walaubagaimanapun, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) baru sahaja selesai proses temubual bayaran cuti sakit harian Zul Zamzariman dan akan dirujuk pula ke Program ‘Return To Work’ bagi rawatan terapi pemulihan.

Dalam ziarah hari ini, BaitulMal tampil untuk mengambil maklum kesusahan dihadapi beliau dan menyampaikan bantuan barangan makanan asas, walking frame dan sedikit sumbangan tunai bagi meringankan beban mereka sekeluarga selain bantuan susulan yang akan diproses.

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.