Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

RM11,000 DERMASISWA 13 MUALAF

SEREMBAN, 19 Dis - Sebagai salah satu golongan asnaf yang layak menerima amanah zakat, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS) melalui Unit Kecemerlangan Mualaf terus menyantuni asnaf mualaf di negeri ini dalam pelbagai aspek termasuk bantuan pelajaran. Untuk itu, Majlis Penyampaian Dermasiswa Mualaf telah diadakan pagi tadi di Kompleks Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dengan seramai 13 orang mualaf dan anak mualaf yang akan melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan masing-masing tidak lama lagi telah menerima bantuan awal pelajaran berjumlah RM11,000 melalui dana zakat. Pelajar yang akan melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah telah menerima RM1,000, diploma RM750 dan sijil RM500. Kumpulan ini adalah kumpulan kedua pelajar yang menerima bantuan ini selepas 13 pelajar kumpulan pertama menerimanya pada Ogos lalu. Bantuan telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Adnan Abdullah, Ketua Unit Kecemerlangan Mualaf, PBMalNS. Sesi tandatangan dan bacaan ikrar ‘Aku Janji’ juga telah disempurnakan dalam majlis yang sama. Gambar Ihsan: Noor Akhilah Abdul Rahman

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.