Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

55 ANAK ASNAF TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN

SEREMBAN, 20 Dis - Sejumlah RM13,300 dana zakat telah diperuntukkan bagi penyampaian bantuan persekolahan 55 orang anak-anak asnaf daerah ini dalam majlis yang diadakan di Dewan D'Curve, Bangunan Plaza Seremban sebentar tadi. Bantuan-bantuan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Ismail Ahmad diiringi oleh Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri, Negeri Sembilan, Mimi Mazlin Mohamad Yusof, Ketua Pegawai Operasi, Rural Capital Berhad (RCB), Dr. Mahadir Ibrahim dan Ketua Bahagian Kutipan, Jabatan Zakat, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS), Mohd Rafiz Mohd Yusoff.

Bantuan yang disampaikan berupa dua pasang baju sekolah, sepasang baju Melayu atau kurung, sepasang kasut dan stoking, beg sekolah serta set alat tulis.

Dalam majlis yang sama, 48 orang anak-anak daripada golongan kurang berkemampuan juga turut menerima bantuan menjadikan jumlah keseluruhan penerima seramai 103 orang. Keseluruhan bantuan adalah inisiatif bersama PBMalNS, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Yayasan Pelajaran MARA (YPM), RCB dan 20 usahawan bimbingan MARA.

Foto | Berita: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.