Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BAITULMAL BANTU MANGSA LANGGAR LARI

AMPANGAN, 25 Dis - Kejadian langgar lari yang menimpa Munir Affendy Kamarulzaman, 42, seminggu yang lalu menyebabkan beliau kini hilang keupayaan disebabkan lumpuh separuh badan.

Sebelumnya, beliau yang bekerja sendiri dan belum berkahwin dijumpai oleh orang awam di tepi jalan sejurus selepas kemalangan pada tengah malam 18 Disember. Beliau dirujuk ke Hospital Kajang sebelum terus dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) ekoran pendarahan teruk di kepala. Beliau setelah itu koma selama beberapa hari sebelum sedar semula baru-baru ini.

Hadir menyampaikan bantuan perubatan di rumah beliau di Jalan Jelebu, Ampangan ialah Ketua Wilayah Tengah, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS), Che Som Omar. Bantuan berupa katil dan tilam hospital beserta pam, sebuah kerusi roda, 12 tin susu berjenama Ensure Gold dan 13 beg lampin pakai buang untuk kegunaan harian beliau. Keseluruhan bantuan berjumlah RM5,050. Buat sementara waktu, Munir juga menerima bantuan katil wakaf daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tabung Wakaf Khas Kesihatan yang berpusat di Taman Cengal Utama, Seremban.

Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.