Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

SEREMBAN, 6 Jan - Menghidap 'diabetes mellitus' sejak berumur 8 tahun, Noor Ain Abdul Rahman, 22 kini baru sahaja disahkan mengalami 'End Stage Renal Failure' ataupun kegagalan fungsi buah pinggang kronik yang menyebabkan beliau hilang upaya penglihatan dan terpaksa menjalani rawatan hemodialisis sebanyak 14 kali sebulan.

Beliau yang telahpun kehilangan kedua ibu bapa lebih 2 tahun lalu hanya bergantung kepada ihsan abang kandung yang telah berkeluarga. Lebih memeritkan, abang kandung dan kakak iparnya baru-baru ini telah ditimpa kemalangan jalan raya dan belum pulih sepenuhnya selain mereka turut menanggung dua anak kecil yang masih menyusu.

Mengambil cakna kesusahan Noor Ain, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS) melalui Bahagian Agihan Seremban telah bertemu dengan beliau ketika sedang menjalani rawatan hemodialisis di Pusat Hemodialisis Dkasih, Taman Seremban Jaya dan menyampaikan bantuan kewangan segera selain bantuan perubatan sebanyak RM2,900 sebulan bagi menampung segala kos rawatan beliau.

"BaitulMal saya lulus tak? Saya harap sangat lulus. Tak nak susahkan abang," tanya Noor Ain teresak-esak ketika ditemubual pegawai.

Bantuan telah disampaikan oleh Ust. Mohd. Zahid Mohammad, Ketua Unit Khidmat Kebajikan dan Zalini Musa, Pegawai Agihan Seremban, PBMalNS.

"TERIMA KASIH BUAT SEMUA PEMBAYAR ZAKAT. SESUNGGUHNYA, ZAKAT YANG ANDA TUNAIKAN AMAT BERMAKNA BUAT MEREKA YANG MEMERLUKAN.”

Foto | Berita: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.