Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

HANTAR 'GL' HEMODIALISIS NOOR AIN

SENAWANG, 10 Jan - Susulan ziarah Noor Ain Abdul Rahman, 22, yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang kronik awal minggu ini, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS) sekali lagi turun menziarahi Noor Ain bagi tujuan menyampaikan surat jaminan (GL) kepada beliau yang tinggal bersama abangnya di Kuarters Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan, Jalan Paroi-Senawang pagi tadi.

GL telah disampaikan oleh Norhafizah Daud, Ketua Unit Khidmat Kesihatan diiringi sama Zalini Musa, Pegawai Agihan Seremban, PBMalNS. Antara kandungannya adalah pembiayaan rawatan hemodialisis selama setahun berjumlah RM34,800 termasuk kos suntikan dan ujian darah. Noor Ain akan menjalani rawatan tersebut di Pusat Hemodialisis Dkasih, Taman Seremban Jaya.

"Terima kasih kepada semua pembayar zakat Negeri Sembilan yang tolong Ain dari A sampai Z," kata Ain ketika ditemuramah pagi tadi.

"Ain hanya ada abang tempat bergantung. Duit dia dah banyak habis untuk Ain," tambah beliau lagi.

Terdahulu, kisah Noor Ain ada dipaparkan di media sosial PBMalNS mengenai penderitaan yang beliau hadapi apabila disahkan mengalami 'End Stage Renal Failure' ataupun kegagalan fungsi buah pinggang kronik yang menyebabkan beliau hilang upaya penglihatan dan terpaksa menjalani rawatan hemodialisis sebanyak 14 kali sebulan. Noor Ain juga telah kehilangan kedua ibu bapa 2 tahun lalu selain abang dan kakak ipar yang menjaganya baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"TERIMA KASIH BUAT SEMUA PEMBAYAR ZAKAT. SESUNGGUHNYA, ZAKAT YANG ANDA TUNAIKAN AMAT BERMAKNA BUAT MEREKA YANG MEMERLUKAN.”

Foto | Berita: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.