Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

8 BERADIK KEMATIAN IBU, AYAH KRITIKAL, DIBANTU

SEREMBAN, 17 Jan - Hilang kasih sayang seorang ibu tahun lalu, 8 beradik yang tinggal di Bandar Seremban Selatan kini terpaksa tinggal sementara bersama nenek mereka setelah ayah, Amran Isa, 39, koma akibat jangkitan kuman pada jantung dan buah pinggang dan kini ditempatkan di zon merah Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ). Amran yang juga penerima bantuan bulanan BaitulMal sebanyak RM300 bekerja sebagai pemandu lori sebelum kematian isteri. Setelah pemergian isterinya, beliau menjalankan pelbagai jenis kerja bagi menampung kehidupan bersama anak-anaknya yang kini berusia 1 hingga 18 tahun. Berdasarkan rekod, beliau telah menerima bantuan persekolahan berjumlah RM1,050 pada November tahun lalu bagi perbelanjaan anak-anaknya yang bersekolah. Sehingga kini, beliau juga adalah penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan. Cakna akan nasib mereka, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS) Wilayah Tengah telah menziarahi anak-anak ini di rumah mereka petang tadi. Bantuan tambahan berupa tunai RM300, baucar kasut, stoking serta set pakaian sekolah bagi 4 orang anak-anak yang bersekolah telah disampaikan oleh Che Som Omar, Ketua Wilayah Tengah, PBMalNS. Foto | Berita: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.