Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

NILAI, 8 April - Genap setahun selepas kejadian kemalangan jalan raya menimpa Noramalina Arifin, 34, ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah restoran makanan segera di kawasan pusat bandar Nilai. Kemalangan tersebut mengakibatkan Noramalina hanya mampu terlantar, sebahagian tangan kanan terpaksa dipotong dan dipasang kerangka besi pada kaki kanan sebagai prosedur selepas pembedahan. Suami, Syarifdean Drawuh, 42, ketika disampaikan bantuan melalui Skuad Belo Asnaf, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) tengah hari tadi melahirkan rasa kegembiraan dan syukur dengan bantuan barangan dapur serta wang tunai yang diterima. "Rezeki kami dalam seminggu dua ini apabila turut menerima bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan ADUN Nilai selain bantuan BaitulMal ini," tambah beliau. Turun menyampaikan bantuan ialah Ust. Hasbullah Ahmad dan Ust. Amir Syukri Abdul Jalil. Bantuan susulan juga akan disalurkan melalui permohonan pasangan tersebut. Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.