Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

SEREMBAN, 9 Apr - "Ayah, bila kita nak duduk rumah?" begitu kata-kata bersahaja yang keluar dari mulut seorang anak kecil setelah hampir enam bulan sebuah keluarga enam beranak di Seremban 2 hanya mampu tidur di bawah khemah yang digunakan untuk berniaga pada siang hari. Ketua keluarga ketika ditanya mengenai keadaan semasa berkata, mereka dihalau dari rumah sewa sejak Oktober tahun lalu kerana tidak mampu menjelaskan sewa bulanan yang kerap kali naik. Sejak itu, mereka hanya tidur di bawah khemah dan segala urusan mandi serta pembersihan diri dilakukan di stesen minyak berdekatan. "Sekarang kami tidak boleh berniaga. Kadang-kadang siang tidur dalam kereta, malam tidur bawah khemah," kata ketua keluarga tersebut yang mengusahakan gerai nasi ayam kukus berhampiran Dataran Centrio, Seremban 2. Hadir menyantuni keluarga tersebut pagi tadi, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) bersama-sama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan telah mengambil maklumat-maklumat yang diperlukan bagi membantu enam beranak tersebut. Buat masa ini, dengan memikirkan keselamatan anak-anak dan selaras arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka ditempatkan di sebuah hotel bajet berhampiran sementara menunggu rumah sewa baharu. Bantuan-bantuan lain yang dinilai perlu akan disalurkan dalam masa terdekat. Turun menyantuni ialah Ketua Unit Khidmat Kebajikan PBMalNS MAINS, Ust. Mohd. Zahid Mohammad dan Pegawai Agihan, Mohammad Helmi Musa.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.