Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

SEREMBAN, 10 April - Susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menerima lebih 10,000 permohonan melibatkan pelbagai keperluan bantuan daripada orang ramai. Menurut Pengerusi MAINS, Datuk Mohamed Husein, setakat ini hampir 5,000 permohonan telah diambil tindakan melibatkan bantuan bulanan asnaf, serahan tunai, pindahan kredit ke akaun bank serta barangan keperluan. "Kita akan pastikan semua permohonan yang telah diterima disempurnakan dan ditunaikan sebaik mungkin."

"Bagaimanapun kami berharap agar orang ramai bersabar dan jangan merungut lambat memandangkan setiap hari hampir 1,000 permohonan diterima. Jadi, kami perlu mengambil masa untuk memproses permohonan-permohonan tersebut," jelasnya. MAINS turut menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Angkatan Pertahanan Awam selain menambah jumlah kakitangan bagi memastikan permohonan dapat diproses segera.

Oleh: Berita RTM
Pautan web: https://bit.ly/34upZ9Q

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.