Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

20mei

IBU TUNGGAL SAKIT, TAK MAMPU BEKERJA

NILAI, 20 Mei - Tidak mampu bekerja kerana penyakit sawan, seorang ibu tunggal yang menyewa sebuah bilik rumah kedai dalam kawasan bandar Nilai cekal membesarkan 2 orang anak masing-masing berusia 8 bulan dan 6 tahun.

Hanum Ramli, 40, telah berpisah dengan suami warga Pakistan beberapa bulan lalu dan tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan semenjak itu.

Mengambil maklum kesusahan dihadapi ibu tunggal ini, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) berkesempatan menziarahi Hanum petang semalam bagi menyampaikan bantuan barangan keperluan makanan asas dan wang tunai segera selain membantu melengkapkan permohonan susulan untuk beliau sekeluarga.

Berdasarkan rekod, Hanum dan bekas suami pernah dibantu pada tahun 2019 dengan bantuan sara hidup selain bantuan khas COVID-19 baru-baru ini.

Hadir menyantuni ialah Pegawai Agihan Nilai, Mazuwan Mohd. Rani bersama pegawai-pegawai Skuad Belo Asnaf, Nur Fairusha Remali dan Maizatul Akma Mohamad.

#admin

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.