Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

"ESOK LUSA SAYA DAH TAK ADA, BIARLAH SAYA TINGGAL DI SINI."

20mei2

 

SIKAMAT, 20 Mei - Berkali-kali dipelawa untuk berpindah, beliau tetap dengan keputusan untuk terus tinggal dalam pondok di sebidang tanah lapang di Taman Desa Permai, Sikamat. "Saya dah anggap pondok ini tanah tempat tumpah darah saya," kata Zainal Abidin Inoh, 72, ketika ziarah Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) pagi tadi. Ziarah yang turut disertai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Jelebu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tadi turut menyampaikan sumbangan makanan keperluan asas daripada JKM dan sumbangan wang tunai daripada Baitulmal. Dalam keadaan masih sihat tubuh badan dan tidak pernah berkahwin, Zainal Abidin tidak mempunyai apa-apa rekod bantuan sebelum ini. Tambahan pula, adik dan rakan-rakan karib ada tinggal berdekatan pondok beliau berteduh. "Saya hidup pun tak lama. Esok lusa saya dah tak ada, biarlah saya tinggal di sini," tambah beliau. Hadir sama Pengerusi MPKK Jalan Jelebu, Mohamad Aziz, Ketua Unit Khidmat Kebajikan PBMalNS MAINS, Mohd. Zahid Mohammad, Ketua Unit Khidmat Masyarakat PBMalNS MAINS, Jumiatul Adawiyah Ismail, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat JKM, Norhafizah Abdul Salam dan pegawai Skuad Belo Asnaf, Mohd. Hafiz Abu Yazid. Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.