Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

AGENSI BERGABUNG BANTU DUA BERADIK TINGGAL DALAM RUMAH PENUH SAMPAH

22mei

SIKAMAT, 22 Mei - "Kami hanya menjalankan program khidmat masyarakat di kawasan berdekatan sebelum ada jiran memberitahu tentang dua beradik yang hidup dalam keadaan tidak terurus dalam sebuah rumah yang penuh dengan sampah dan berbau busuk," kata Zarinna Abu Zarin, Presiden Persatuan Alumni Universiti Terbuka Malaysia Negeri Sembilan (PIOUS Alumni OUM).

Terdahulu, PIOUS Alumni OUM telah mula menziarahi dua beradik yang mengalami masalah mental ini yang tinggal di Rumah Rakyat Sikamat semalam dan menjalankan operasi gotong-royong besar-besaran membersihkan rumah dua beradik ini dengan bantuan sukarelawan saudara baru Alumni OUM.

Difahamkan, Zainah Hussin, 78, dan adiknya, Zainal, 60, mengalami masalah mental sejak beberapa tahun lalu dan telah tinggal di rumah tersebut sejak lebih 10 tahun. Menurut Zarinna, ziarah dan gotong-royong pada hari pertama mendapati keadaan rumah dalam keadaan sangat tidak terurus dipenuhi dengan timbunan sampah, sisa makanan yang tidak dibuang serta bekas makanan dan minuman yang bersepah.

Setelah memaklumkan keadaan dua beradik ini kepada pihak berwajib, operasi PIOUS Alumni OUM hari ini mendapat kerjasama Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS), pihak DUN Sikamat, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Jelebu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan masing-masing telah mengambil maklumat dan merangka tindakan selanjutnya. Berdasarkan rekod sebelum ini, dua beradik ini pernah dibantu oleh Baitulmal dan Pejabat DUN Sikamat.

"Apa yang kami buat ini hanya kerana Allah dan mungkin menjadi inspirasi kepada masyarakat bahawa kerja menolong orang adalah tanggungjawab kita bersama," tambah Zarinna.

Turut hadir Ketua Unit Khidmat Kebajikan PBMalNS MAINS, Mohd. Zahid Mohammad, Penyelaras DUN Sikamat, Fakhrul Radzi Md. Zin dan Pengerusi MPKK Jalan Jelebu, Mohamad Aziz.

Bagi pihak Baitulmal, bantuan peralatan rumah yang baharu dan barangan makanan keperluan asas telah disampaikan selain bantuan susulan mengikut situasi semasa akan disalurkan.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.