Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

IBU TERKANDAS DI SEBERANG SEJAK AWAL PKP

22mei2

LABU, 22 Mei - Dua beradik, Muhammad Firman Shah Rosli dan Muhammad Aidil Rosli masing-masing berusia 16 dan 12 tahun yang tinggal di Taman Gadong Jaya dekat sini terpaksa tinggal berdua sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah ibu mereka terkandas di Indonesia kerana terpaksa mendapatkan rawatan tradisional di negara tersebut.

"Kadang-kadang makan jiran yang masakkan, kadang-kadang cikgu masakkan," kata Firman yang bersekolah tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Sendayan.

Dek kerana ibu mereka terkandas, sewaan rumah kini telah tertunggak selama 3 bulan. Difahamkan juga, ayah kepada dua beradik ini tidak dapat dikesan sejak beberapa lama.

Tuan punya rumah ketika dihubungi berkata, beliau langsung tidak meminta bayaran sewa rumah kerana faham situasi yang dihadapi penyewa. Malah, melalui rundingan dengan pihak Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS), tuan rumah bermurah hati untuk tidak mengenakan sewaan rumah bagi bulan Mac, April dan Mei. Sewaan bagi bulan Jun dan Julai pula akan dibantu oleh PBMalNS MAINS. Sumbangan bantuan makanan asas dan wang tunai segera juga telah disalurkan semasa ziarah petang tadi.

Hadir sama Ketua Unit Khidmat Kebajikan PBMalNS MAINS, Mohd. Zahid Mohammad, Hamizan Mohd. Nor, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Gadong Jaya, Rosliza Yaakub, guru Pendidikan Islam SK Gadong Jaya dan pegawai-pegawai Skuad Belo Asnaf.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.