Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

TERPAKSA ASINGKAN DIRI

26mei

JELEBU, 26 Mei - Cuti hari raya tidak menghalang petugas Baitulmal untuk turun padang menyantuni tiga beranak yang tinggal dalam pondok di Kampung Seperi Tengah kira-kira 5 kilometer dari jalan utama Kuala Klawang-Titi.

Dengan memiliki kebolehan dalam kerja-kerja pembinaan dan pendawaian, Fikri Abu Bakar, 51, gigih mendirikan pondok tersebut di atas sebidang tanah pusaka untuk tinggal bersama isteri dan seorang anak sejak lebih setahun lalu.

"Saya pernah dijangkiti penyakit tibi. Sebab itu saya ambil keputusan untuk duduk jauh daripada orang," kata Fikri.

Menurut beliau lagi, penyakitnya kini sudah beransur pulih walaupun masih perlu menjalani pemeriksaan di hospital berdekatan. Sehingga kini, beliau dalam keadaan sihat dan mampu mengambil upah membuat kerja-kerja pembinaan, pendawaian, pembersihan dan tanaman bagi menampung kehidupan harian.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada datang menziarahi semalam dan saya telah menerima bantuan bulanan sebanyak RM200 sebulan sejak 8 bulan lepas," tambah beliau.

Difahamkan juga, Ahli Parlimen Jelebu telah menziarahi tempat tinggal Fikri dan bersetuju membantu mendirikan sebuah rumah untuk tiga beranak ini berteduh melalui peruntukan parlimen Jelebu.

"Saya diberitahu rumah akan mula dibina dalam minggu ini juga," kata beliau lagi.

Berdasarkan rekod, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) pernah membantu Fikri dengan bantuan tunggakan sewaan rumah pada tahun 2018. Ziarah sebentar tadi pula telah disampaikan bantuan wang tunai segera dan barangan keperluan dapur. Bantuan susulan bagi membolehkan Fikri melakukan kerja-kerja harian seperti mesin pemotong rumput dan pam racun juga akan disalurkan.

Turun menyempurnakan bantuan ialah Ketua Wilayah Timur, Mohd. Shahrizad Abu Kasim. Hadir sama Ketua Unit Khidmat Kebajikan, Mohd. Zahid Mohammad, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seperi, Ishak Omar, Pegawai Agihan Jelebu, Amir Syukri Abdul Jalil, Pegawai Kutipan Jelebu, Mohd. Eddy Erman Razali, pegawai-pegawai Skuad Belo Asnaf dan pegawai-pegawai Bahagian Kaunseling PBMalNS MAINS.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.