Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

NAK PINDAH TAK LAMA LAGI..

27mei

MAMBAU, 27 Mei - Keadaan rumah didiami Jasni Magaat, 42, bersama isteri dan 2 orang anak di Kampung Batu 3, Mambau kini terlalu usang dan tidak selamat untuk diduduki sehinggakan tuan punya rumah tidak lagi mengenakan sewaan bulanan.

"Saya dah kenal pasti rumah sewa baharu dan akan berpindah secepat mungkin setelah selesai berurusan dengan tuan rumah," kata Jasni.

Mengambil maklum kesusahan keluarga ini, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) akan membantu menjelaskan deposit rumah sewa baharu termasuk sewaan bulanan untuk 3 bulan pertama. Bantuan-bantuan susulan juga akan disalurkan berdasarkan keperluan Jasni terutamanya bagi membolehkan beliau mencari sumber pendapatan keluarga setelah kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ziarah sebentar tadi juga turut disampaikan bantuan barangan keperluan dapur dan wang tunai segera. Hadir sama Ketua Unit Khidmat Kebajikan, Mohd. Zahid Mohammad bersama pegawai-pegawai Skuad Belo Asnaf, Nur Fairusha Remali dan Muhamad Al-Shukri Md. Isa.

Jasni sebelum ini tidak mempunyai sebarang rekod permohonan di Baitulmal. Difahamkan juga beliau adalah penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.