Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

AKIBAT SAKIT, HILANG KERJA SEJAK FEBRUARI

1jun

 AMPANGAN, 1 Jun - Setelah disahkan menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, Abdul Karim Iderus, 40, kini terpaksa pula berhadapan dengan masalah angin pasang. Kerap mengambil cuti sakit menyebabkan beliau diberhentikan kerja pada akhir Februari lalu. Isteri beliau pula kini tidak dapat bekerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/B) yang masih berkuat kuasa. Difahamkan keluarga ini menanggung sewa rumah bulanan sebanyak RM300 selain mempunyai bil hospital yang tertunggak. Melalui informasi yang disalurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih (Perkasih N9), Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) melalui Unit Khidmat Kesihatan, Bahagian Agihan, Jabatan Zakat pagi tadi telah turun menziarahi Abdul Karim dan isteri yang tinggal menyewa di Kampung Sekolah, Ampangan. Hasil ziarah, PBMalNS MAINS akan menyalurkan bantuan lampin pakai buang secara bulanan dan membantu menjelaskan tunggakan bil hospital selain bantuan tunai segera. Bantuan-bantuan lain yang dinilai perlu juga akan disalurkan. Hadir menyampaikan bantuan Ketua Unit Khidmat Kesihatan, Norhafizah Daud dan eksekutifnya, Noor Fatihah Osman. #admin Gambar ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.