Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ISU TULAR: IBU SEMBILAN ANAK TEBALKAN MUKA MINTA BANTUAN

5jun2

SEREMBAN, 5 Jun - Baru-baru ini telah dilaporkan dalam sebuah portal akhbar tempatan tentang sepasang suami isteri yang terpaksa menebalkan muka meminta bantuan demi meringankan beban ditanggung mereka.

Dalam usaha memberikan respons, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) telah turun padang menziarahi keluarga berkenaan yang tinggal di Kampung Jiboi Baru pagi tadi. Ziarah bertujuan mengambil maklum situasi terbaharu mereka dan menyampaikan bantuan wang tunai segera serta barangan keperluan asas.

Berdasarkan rekod, keluarga ini telah dibantu sejak tahun 2007 dengan hampir 90 kali bantuan termasuk bantuan am kebajikan, persekolahan, perubatan, sara hidup, tunggakan bil dan sewaan serta bantuan mesin jahit untuk berniaga berjumlah RM5,000 pada tahun 2013. Keseluruhan bantuan kini berjumlah RM27,590.

Difahamkan, ketua keluarga, Ahmad Abu Hassan, 46, yang hanya membuat kerja-kerja kampung sebelum ini terjejas pendapatannya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kerajaan. Lebih teruk lagi, Ahmad sering menghidap penyakit gout manakala isteri, Aminah Indra Abdullah, 36, pula menderita penyakit kulit kronik.

Berdasarkan rekod juga, Ahmad menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Bantuan Kanak-kanak (BKK) berjumlah RM400 sebulan selain turut menerima bantuan-bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Selain itu, laporan portal berkenaan mengenai bantuan barangan keperluan harian yang dihentikan oleh Baitulmal dalam tempoh PKP adalah kurang tepat kerana bantuan tersebut telah diganti dengan kredit tunai ke dalam akaun bank disebabkan suami isteri ini tidak berkemampuan untuk mengambil bantuan seperti kebiasaannya selain mematuhi arahan PKP.

Bantuan-bantuan tadi telah disampaikan oleh Ketua Wilayah Tengah, PBMalNS MAINS, Che Som Omar. Turut hadir Ketua Bahagian Korporat, Mohd. Hasni Zulkifle, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Muzzammil Ismail dan Pegawai Agihan Menara MAINS, Noraliza Alias.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.