Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BANTUAN BUAT SI COMEL

GEMENCHEH, 9 Jun - Disahkan menghidap penyakit jantung berlubang, Aqif Naufal Muhammad Faizal, 1, memerlukan sekurang-kurangnya 7 tin susu khas dengan harga hampir mencecah RM90 setin setiap bulan bagi kelangsungan hidupnya. Difahamkan, bapa kepada kanak-kanak ini yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) kehilangan sumber pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala ibunya tidak bekerja bagi memberi perhatian penuh kepada Aqif. Keluarga ini kini berusaha sedaya upaya mengumpulkan dana untuk perbelanjaan rawatan dan keperluan harian Aqif.

Menerima maklumat daripada sebuah pusat pengajian Islam berpusat di Tampin, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) melalui Pejabat Agihan Daerah Tampin telah menziarahi Aqif tengah hari tadi bagi mengambil maklumat lanjut dan menyampaikan bantuan tunai segera sebanyak RM500 dan bantuan makanan asas. PBMalNS MAINS juga akan menyalurkan bantuan 7 tin susu berjenama Pediasure secara bulanan serta bantuan-bantuan sampingan yang dapat meringankan beban keluarga ini seperti kos rawatan perubatan dan perjalanan ulang-alik ke hospital mengikut keperluan. Hadir menyampaikan bantuan ialah Ketua Wilayah Selatan, Mohd. Azreen Abu Bakar dan Pegawai Agihan Tampin, Mohd. Hisyam Ismail.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.