Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

24jun

SENAWANG, 24 Jun - Disahkan mengalami sindrom 'Angelman' sejak berumur 10 tahun, Athirah Auni Yusoff, 23, sehingga kini tidak mampu berdiri sendiri dan hanya mengharapkan bantuan keluarga untuk segala urusan harian.
Difahamkan, sejak lahir, Athirah tidak menunjukkan tindak balas normal seperti kanak-kanak lain, lebih banyak berbaring dan kerap mengalami sawan. Setelah disahkan mengalami sindrom tersebut selepas pemeriksaan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Athirah diberi perhatian yang penuh oleh kedua ibu bapanya yang tinggal di Taman Sri Mawar dekat sini. Makanan harian anak bongsu daripada 6 adik-beradik ini hanyalah bubur nasi dan susu. Petang tadi, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato' Mohamed Husein sendiri telah berkesempatan menziarahi Athirah dan keluarga di kediaman mereka bagi menyampaikan bantuan kerusi roda dan bekalan susu. Hadir sama Ketua Jabatan Zakat, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS), Ust. Zainal Said dan Ketua Bahagian Agihan, Mahadi Ali.
#admin
Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.