Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

3julai

PASIR PANJANG, 3 Jul - Tidak sanggup berjauhan dengan anak-anak yang tinggal bersama bekas isteri, Mohamad Nor Saifuddin Abdullah, 44, yang lebih dikenali sebagai 'Din Iban' sanggup tinggal di bawah khemah sejak 5 tahun lalu. Beliau yang juga bekas tentera dan telah berkhidmat selama 16 tahun di Kem Port Dickson sebelum ini telah memeluk Islam pada tahun 1999 dan dikurniakan 4 orang anak.

Beliau berkata, kehidupannya lebih selesa tinggal seperti ini untuk mencari rezeki, tambahan pula laut berdekatan memudahkan beliau untuk mencari dan menjual udang hidup sebagai pendapatan sampingan. Ketika ditanya mengenai sumber pendapatan utama, beliau yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Pusat Pembangunan Belia dan Sukan, Port Dickson berkata, dengan pendapatan RM1600 sebulan adalah cukup baginya menyara kehidupan malah mampu memberi anak-anaknya perbelanjaan bulanan. Berdasarkan rekod, Baitulmal pernah menawarkan bantuan deposit rumah sewa tetapi ditolak atas alasan beliau lebih selesa dengan keadaan sekarang dan tidak ingin berjauhan dengan anak-anak.

Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) melalui Unit Khidmat Kebajikan telah turun menziarahi Saifuddin di khemahnya yang terletak di kawasan Hutan Lipur Pasir Panjang, Port Dickson, pagi tadi. Pegawai Skuad Belo Asnaf, Mohd. Hasbollah Ahmad dan Pegawai Agihan Port Dickson, Mohd. Hafiz Abu Yazid telah menyampaikan bantuan barangan makanan keperluan asas dan mengambil maklumat terkini. Hadir sama wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Port Dickson, Arpah Mohamad dan Syukur Effendy Mohammad. #admin Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.