Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

HILANG KAKI, HILANG KERJA

9julai2

SENAWANG, 9 Jul - Prosedur perubatan memaksa kaki sebelah kanan Abdul Salam Muhammad, 42, dipotong akibat penyakit kencing manis dihadapinya. Kerja sebagai penjual makanan sejuk beku kini terpaksa ditinggalkan kerana tidak mampu lagi untuk menjalankan proses penyediaan dan penghantaran yang memerlukan banyak pergerakan. "Dalam tempoh 2 minggu ini selepas kaki saya dipotong, ramai yang datang membantu untuk urusan-urusan seharian seperti memasakkan makanan untuk saya," kata Abdul Salam yang tinggal seorang diri dan tidak pernah berkahwin sebelum ini.

Berdasarkan rekod, modal perniagaan Abdul Salam adalah bantuan daripada Baitulmal berupa dua unit peti ais sejuk beku bersaiz besar selain bantuan tunggakan sewaan rumah berjumlah RM1,800, bantuan perubatan berjumlah RM2,000 serta bantuan wang runcit (petty cash).

Mobile Team yang bergerak bersama-sama agensi kerajaan pagi tadi telah melawat Abdul Salam di rumah sewanya di Taman Desa Melor, Senawang bagi melihat keperluan terkini dan menyampaikan bantuan-bantuan segera. Antara yang turut serta adalah Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Klinik Kesihatan Senawang, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) dan wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Melor sendiri. Hadir sama ADUN Paroi, Dato' Mohamad Taufek Abd. Ghani, Pegawai Klinik Kesihatan Senawang, Dr. Harith Fadzillah Hamidun, Pengerusi KRT Taman Desa Melor, Baharuddin Mohamed dan Pegawai Agihan Senawang, Mohd. Suhaimi Mohd. Aziz.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.