Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BEKAS PEKERJA HOSPITAL DERITA KANSER TULANG

107009584 1647585965403986 3040175920933507419 o

SEREMBAN, 7 Jul - Mardiyana Mat Rasit, 31, telah disahkan menghidap kanser tulang sejak setahun lalu dan kini berada pada tahap 4. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Hospital Pakar SALAM, Senawang dan mendapat rawatan awal di hospital berkenaan. Setelah itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Nana telah dipindahkan ke Institut Kanser Negara (IKN) dan mendapat rawatan kimoterapi sebanyak 3 kali. Akibat kehilangan kerja dan upaya kerana kanser, beliau telah menerima bantuan daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) sebanyak RM200 sebulan selama 6 bulan dan pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak RM900 sebulan.

Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) telah turun menziarahi Mardiyana di rumahnya yang terletak di Sikamat pagi tadi. PBMalNS MAINS diwakili Pegawai Agihan Menara MAINS, Nur Fairusha Remali dan Eksekutif Unit Khidmat Kesihatan, Noor Fathihah Osman telah menyampaikan bantuan wang tunai segera dan pek lampin pakai buang. Bantuan-bantuan susulan juga akan disalurkan dalam masa terdekat.

Difahamkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pernah hadir membantu antaranya Hospis Malaysia dan Maktabah Zakariyya. #admin

Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.