Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

SETIAUSAHA MAINS SANTUNI MANGSA BANJIR KAMPUNG BEMBAN

 

SU1

SU2

MAMBAU, 15 Jul - Hujan lebat awal pagi Isnin lalu menyebabkan air naik setinggi 1 meter dan menyebabkan kira-kira 40 buah rumah di Kampung Bemban terjejas. Difahamkan, banjir kali ini yang melanda kampung tersebut adalah yang paling teruk sejak beberapa tahun lalu. Pada hari kejadian, penduduk yang terjejas telah dipindahkan ke penempatan sementara di Masjid Jamek Kampung Bemban oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sembilan setelah menerima laporan banjir kilat. Pengerusi Masjid Kariah Kampung Bemban, Abdul Latif Mohd. Yunos, 62, berkata, walaupun usaha pembersihan dan peluasan kawasan sungai telah dilakukan, kampung tetap dilanda banjir dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam usaha menyantuni mangsa-mangsa banjir kampung tersebut, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) telah turun padang melihat situasi terkini dan menyampaikan bantuan kepada 30 keluarga terjejas. Turun menyempurnakan agihan bantuan ialah Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Ahmad Husaini Mustafa. Turut hadir Ketua Wilayah Utara, Zamru Shamsuddin dan Ketua Unit Khidmat Masyarakat, Jumiatul Adawiyah Ismail. Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.