Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

2 MINGGU BARU JENGUK ANAK, ITU TIDAK BENAR

telukkemangPORT DICKSON, 17 Jul - "Saya cuma tahu ADUN Bagan Pinang, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan SK Teluk Kemang sahaja yang datang ziarah dan saya tidak tahu kisah keluarga saya ini akan dikeluarkan," respon Zuraidah Ishak, 31, ketika ditanya mengenai kisah keluarga beliau yang terpampang di sebuah portal berita tempatan dan hantaran Facebook sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertarikh 16 Julai. "Baru seminggu saya tinggalkan mereka dan sebelum ini mereka bersama saya di Kajang," kata Zuraidah. "Berita yang mengatakan 2 minggu baru saya jenguk anak-anak, itu tidak benar malah kalau saya tidak dapat hubungi anak-anak saya akan segera terus pulang ke sini," tegas beliau. "Adik saya dan kakak ipar kepada adik saya selalu datang ke rumah melihat anak-anak saya dan ada masanya anak-anak saya tinggal di rumah mereka", tambah beliau lagi. Sebagai tindakan susulan kepada berita tersebut, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) telah turun menziarah keluarga berkenaan yang tinggal di Jalan Pantai, Batu 8, Teluk Kemang, Port Dickson pagi tadi. Difahamkan keluarga Zuraidah telah diziarahi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bagan Pinang, Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar, pegawai-pegawai JKM dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kemang. Ziarah turut menyampaikan bantuan wang tunai segera dan barangan makanan keperluan asas. Bantuan susulan juga akan disalurkan kemudian. Turun menyantuni Pegawai Skuad Belo Asnaf, Mohd. Hasbollah Ahmad dan Pegawai Agihan Port Dickson, Mohd. Hafiz Abu Yazid. #admin Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.