Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

SANTUNI PESAKIT KANSER PAYUDARA, BUAH PINGGANG

28julai

SIKAMAT, 28 Jul - Semasa sihat, Rohana Harun, 62, ialah seorang peniaga lauk-pauk di pasar-pasar malam sekitar Seremban. Beliau yang telah disahkan menghidap kanser payudara dan penyakit kencing manis sejak 4 tahun lalu kini terpaksa pula berhadapan dengan masalah buah pinggang yang rosak akibat sel-sel kanser yang merebak. Pendapatan suami yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak dapat menampung bayaran sewa rumah dan bil-bil utiliti setelah pendapatan sampingan yang diusahakan Rohana terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini dan menyebabkan tunggakan sewaan rumah serta bil elektrik dan air. Rohana yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya dan Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) kini semakin hari semakin uzur dan terpaksa menggunakan lampin pakai buang selain memerlukan perhatian rapi ahli keluarga dalam urusan seharian. Permohonan berdasarkan surat program cakna rakyat 'Mobile Team' daripada Pejabat Daerah dan Tanah Seremban memberi kesempatan beberapa agensi kerajaan menyantuni Rohana di kediamannya di Taman Desa Permai, Sikamat.Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) diwakili Ketua Wilayah Tengah, Che Som Omar bersama Pegawai Agihan Menara MAINS, Nur Fairusha Remali telah turun padang menyampaikan bantuan wang tunai segera dan mengambil maklumat-maklumat terperinci untuk bantuan-bantuan selanjutnya pagi tadi. #admin Gambar ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.