Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

MINTA GAJI, KENA HALAU

29julai1

PASIR PANJANG, 29 Jul - Selepas dihalau keluar dari rumah sewa yang disediakan majikannya hanya kerana meminta bayaran gaji yang tertunggak, asnaf, Rosly Omar, 61, kini hanya tumpang berteduh di sebuah kandang kambing milik rakannya. Setelah mendapat panggilan telefon daripada Rosly sendiri, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) melalui Pejabat Agihan Port Dickson diwakili pegawainya, Mohd. Hafiz Abu Yazid terus turun menziarahi Rosly di tempat yang dinyatakan. Tinjauan sebentar tadi mendapati kandang kambing yang terletak di dalam sebuah dusun milik rakan yang juga abang angkatnya, Mohd. Nasir Ahmad, 66, amat bersih kerana kali terakhir Mohd. Nasir membela kambing adalah sekitar 2 tahun lepas dan beliau sendiri mengusahakan beberapa tanaman dalam dusun tersebut. "Saya nak tinggal di sini dan abang angkat saya pun sudah membenarkan," kata Rosly yang juga seorang bekas anggota komando. "Umur saya sudah lanjut. Apa yang ada, saya makan. Kalau tak cukup duit, saya boleh jual sayur-sayuran yang saya tanam sendiri ataupun besi buruk yang saya kumpul," tambah beliau. Berdasarkan rekod, Rosly mula dibantu sejak tahun 2016 dan menerima bantuan bulanan sejak 2018 sehingga kini. Hasil ziarah, Pejabat Agihan Port Dickson akan meneliti bantuan-bantuan susulan yang diperlukan dan akan sentiasa memantau keadaan beliau. Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.