Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

SAUDARA BAHARU DAPAT PEMBELAAN

9julai2

PORT DICKSON, 6 Ogos - Bagai jatuh ditimpa tangga, begitulah yang dapat digambarkan situasi terkini tujuh beranak selepas ketua keluarga, Salam Abdullah, 37, hilang pekerjaan dan diarahkan keluar dari rumah pekerja yang didiami mereka sekeluarga di kawasan Sua Betong dalam daerah ini. Salam yang kembali kepada agama Islam pada tahun 2016 sebelum ini bekerja sebagai tukang kebun dan baru sahaja menerima notis pemberhentian kerja dan arahan keluar dari rumah pekerja selepas kawasan kebun tempat beliau bekerja telah dijual kepada pemilik baharu.

Berdasarkan rekod, Salam pernah dibantu Baitulmal sejak tahun 2016 dengan bantuan awal mualaf sebanyak RM1,000, bantuan deposit rumah sewa berjumlah RM1,500 pada bulan Januari 2017, bantuan menguruskan perkahwinan berjumlah RM880 pada bulan November 2017 dan bantuan am persekolahan berjumlah RM600 pada bulan Disember 2017.

Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) melalui Pejabat Agihan Port Dickson bersama-sama dengan Unit Kecemerlangan Mualaf, Jabatan Zakat telah turun menyantuni Salam sekeluarga di kediaman tersebut.

Bantuan wang tunai segera berjumlah RM400 telah diserahkan oleh Ketua Wilayah Utara, PBMalNS MAINS, Zamru Samsudin manakala bantuan-bantuan susulan lain juga akan disalurkan. Kisah Salam sekeluarga baru-baru ini telah mendapat perhatian beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya MyKasih Care dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9). Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.