Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

RUMAHNYA AKAN KEMBALI BERPINTU

6ogos2020

PORT DICKSON, 6 Ogos - Sebelum ini menyewa di kawasan yang selalu dilanda banjir sehingga terpaksa menanggung kerosakan rumah yang teruk, asnaf, Kamariah Mohamad, 50, bersama suami dan 2 orang anak berusia 10 dan 12 tahun kini hanya menumpang di rumah milik rakannya di kawasan perumahan terbengkalai dalam kawasan Sua Betong. Kamariah yang menerima bantuan-bantuan am Baitulmal sejak tahun 2011 dan bantuan bulanan fakir miskin sejak Disember 2015 sebelum ini telah diziarahi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyKasih Care sebelum dipanjangkan ke Pejabat Agihan Port Dickson, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS). PBMalNS MAINS telahpun meluluskan deposit rumah sewa baharu dan keluarga ini dijangka akan dapat berpindah pada minggu hadapan. Ziarah pada petang tadi juga mendapati rumah terbengkalai yang ditumpangi keluarga ini tidak berpintu, tidak bertingkap dan tiada bekalan utiliti. Turun menziarahi Kamariah sekeluarga ialah Ketua Wilayah Utara, PBMalNS MAINS, Zamru Samsudin dan Pegawai Agihan Port Dickson, Mohd. Hafiz Abu Yazid. Hadir sama Pengerusi NGO MyKasih Care, Syed Shukri Nizam Jaafar. Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.