Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KASIH ISTERI

11ogos2020

MAMBAU, 11 Ogos - Kesihatan suami yang sedikit demi sedikit berkurang sehingga hilang upaya seluruh badan, isteri kini terpaksa mengambil alih perusahaan mengecat kenderaan yang dijalankan suami di sebuah lot tanah di Jalan Kayu Ara dekat sini. Pasangan, Aripudin Marsuki, 55, dan isteri, Kasni Kibu, 53, telah berkahwin selama 24 tahun dan belum dikurniakan zuriat sehingga suami mula menunjukkan sindrom jangkitan kuman pada paru-paru sejak 6 tahun kebelakangan. "Bukan sahaja suami saya hilang upaya, ingatannya juga semakin hilang," kata Kasni. "Sebelum saya keluar bekerja, saya akan uruskan semua keperluan suami dan akan segera balik jika berlaku apa-apa," tambah beliau. Aripudin yang masih dalam proses menerima pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pagi tadi telah diziarahi Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) melalui Unit Khidmat Kesihatan. Beliau akan dibantu secara bulanan dengan bantuan 6 pek lampin pakai buang dan 7 tin susu yang diperlukan berdasarkan nasihat doktor. Hadir menyampaikan bantuan ialah Ketua Bahagian Agihan, Mahadi Ali. Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.