Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

 
11ogos20202RANTAU, 11 Ogos - Shamsuddin Amat, 56, baru sahaja disahkan menghidap kanser pankreas yang menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan kerja-kerja kampung yang dilakukan bagi menampung kehidupan keluarga. Keadaan lebih teruk apabila isteri, Zalina Alimuddin, 47, terpaksa berhenti daripada bekerja sebagai tukang cuci kerana perlu memberi perhatian penuh kepada suami dan 2 orang anak yang masih bersekolah. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) berkesempatan menziarahi Shamsuddin di kediamannya di Kampung Linsum tengah hari tadi dan mengambil maklumat-maklumat terkini untuk keperluan bantuan. Turun ziarah ialah Ketua Bahagian Agihan, Mahadi Ali, Eksekutif Unit Khidmat Kesihatan, Noor Fatihah Osman dan Eksekutif Khidmat Masyarakat, Siti Nurliyana Zolkifli. Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya
 

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.