Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

 
11ogos3RANTAU, 11 Ogos - "Doktor nasihatkan supaya anak saya dibawa pulang ke rumah kerana tiada harapan untuk sembuh dan meminta ahli keluarga siapkan apa-apa yang perlu," kata Norhayati Harun, 46, ibu kepada Mohamad Noor Izwan Mohd. Taufik, 17, penghidap kanser tulang tahap 4. Difahamkan, akibat terjatuh ketika bermain futsal sekitar tahun lalu, Izwan telah dikesan menghidap kanser tulang yang telah pun berada pada tahap 3 ketika itu. "Keadaan kaki anak saya semakin teruk dan membesar sejak awal tahun ini," kata Norhayati. "Dia hanya sempat masuk wad satu malam sahaja dan doktor memang minta ahli keluarga untuk bawa Izwan pulang ke rumah," tambah beliau. "Buku log perubatan pun pihak hospital sudah serahkan dan berdasarkan keadaan semasa mereka menjangkakan hayat Izwan tidak akan lama," tambah beliau lagi. Izwan yang diziarahi Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) pagi tadi menunjukkan reaksi riang kerana sering menerima kunjungan daripada pelbagai pihak minggu ini. Beliau yang terpaksa diberi morfin setiap 4 jam sekali mampu berkata-kata dan memberi respon dengan baik walaupun berada dalam keadaan terlantar. Sumbangan wang tunai segera telah diserahkan dan bantuan-bantuan susulan akan disalurkan berdasarkan keperluan. Turun ziarah ialah Ketua Bahagian Agihan, Mahadi Ali, Eksekutif Unit Khidmat Kesihatan, Noor Fatihah Osman dan Eksekutif Khidmat Masyarakat, Siti Nurliyana Zolkifli. Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya
 

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.