Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

TERIMA BANTUAN PEMBEDAHAN RM8,000

25ogos2020MANTIN, 25 Ogos - Melalui dana zakat, Sabariah Samsudin, 71, telah menerima bantuan dialisis sebanyak RM2,900 sebulan sejak Jun 2016. Walaubagaimanapun, beliau kini terpaksa menjalani pembedahan 'perma-cath placement' pada bahagian dada secepat mungkin atas nasihat doktor dan dijangka akan menerima prosedur tersebut di Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Beliau dan keluarga hanya mampu mengeluarkan pembelanjaan sebanyak RM2,000 bagi menampung kos keseluruhan pembedahan yang berjumlah RM10,000. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) melalui Pejabat Agihan Nilai telah meluluskan bantuan baki berjumlah RM8,000 dan telah menyampaikan surat jaminan (GL) kepada wakil keluarga tersebut. GL telah disampaikan oleh Pegawai Agihan Nilai, Mazuwan Mohd. Rani. Gambar ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.