Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

TNB, BANK RAKYAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN

22ogos20201

bankrakyat2020

SEREMBAN - Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai syarikat korporat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) telah mempersembahkan zakat perniagaan masing-masing bagi tahun kewangan 2019 kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dalam sebuah majlis yang adakan di Istana Hinggap, Seremban petang semalam.

Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) sebagai agensi mengurus zakat di negeri ini dalam majlis tersebut telah menerima zakat perniagaan TNB berjumlah RM2,194,074.03 disampaikan oleh Presiden, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diiringi Ketua Pegawai Korporat, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman manakala zakat perniagaan Bank Rakyat berjumlah RM726,885.00 disampaikan oleh Pemangku Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Abdul Rani Lebai Jaafar diiringi Ketua Wilayah Negeri Sembilan-Melaka, Mazlan Mohamad.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Razali Ab Malik, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato’ Mohamed Husein, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Mohd. Yusof Ahmad, Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Dato’ Mustafa dan Ketua Pegawai Operasi PBMaINS MAINS, Nor Azmi Musa.Gambar ihsan: Rahim Foto

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.