Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

‘MOBILE TEAM’ ZIARAH IBU 2 ANAK OKU

15sept2020SEREMBAN, 15 Sept - Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) bersama skuad ‘Mobile Team’ terdiri daripada Pejabat Daerah dan Tanah Seremban (PDTS), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seremban, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Pembangunan Negeri, Klinik Kesihatan Ampangan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bahagia, Jiboi telah turun padang menziarahi seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak orang kurang upaya (OKU) yang turut menderita penyakit kencing manis. Siti Rashidah Mohamad Ripaia, 39, sebelum ini pernah bekerja sebagai pembantu kantin tetapi terpaksa berhenti atas faktor kesihatan. Beliau sebelum ini pernah menjalani pembedahan pada jari kaki kanan akibat kecing manis yang menyebabkan beliau tidak mampu berdiri lama. Suami pula hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan upah RM1,200 sebulan. Berdasarkan rekod Baitulmal, Rashidah sekeluarga pernah dibantu bantuan makanan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Anak-anak keluarga ini juga adalah penerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan bantuan awal persekolahan secara 'one-off'. Hasil ziarah, agensi-agensi berkenaan telah mengambil maklum akan kesusahan Rashidah sekeluarga untuk tindakan selanjutnya. PBMalNS MAINS juga telah meluluskan permohonan bantuan sara hidup segera dan baucar barangan dapur. #admin Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.