Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ZIARAH 'DOOR-TO-DOOR' REMBAU

214mei3

21mei

21mei2

REMBAU, 23 Sept - Program ziarah 'Door-to-Door' telah diadakan di sekitar kawasan Rumah Rakyat Kota, Rembau hari ini dengan menyantuni kira-kira 100 buah rumah masyarakat tempatan. Seramai 60 orang kakitangan daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rembau, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rembau, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kota dan ahli-ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Kariah Kota terlibat dalam menyempurnakan perjalanan ziarah kali ini. Tujuan program seumpama ini diadakan adalah mendekati dan menyantuni masyarakat dalam daerah-daerah tertentu. Ziarah sebentar tadi telah berpeluang mendekati golongan kesusahan, warga emas dan mereka yang mengalami masalah kesihatan. Ziarah juga telah menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada setiap rumah yang disantuni dan cenderahati plak selain menerangkan bantuan-bantuan yang disediakan oleh agensi masing-masing. Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.