Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ZIARAH KELUARGA ASNAF MENINGGAL DUNIA

21mei

REMBAU, 23 Sept- Setiap yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian yang tidak sesekali diawalkan dan tidak pula dilewatkan. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) Wilayah Selatan melalui Bahagian Agihan Rembau pagi tadi telah menziarahi keluarga Allahyarham Mohd. Rizam Borhan yang tinggal di Kampung Sungai Layang, Rembau. Allahyarham yang meninggalkan seorang balu telah menghidap kencing manis sejak 11 tahun lalu dan penyakitnya menjadi kronik beberapa bulan kebelakangan ini. Allahyarham juga telah sebulan dimasukkan ke dalam wad di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital tersebut. Berdasarkan rekod, Allahyarham mula dibantu dengan bantuan bulanan sejak Januari tahun ini dan ziarah pagi tadi telah menyampaikan sumbangan wang tunai bagi memudahkan keluarga Allahyarham dalam menguruskan jenazah. Turun menyampaikan sumbangan ialah Ketua Wilayah Selatan, PBMalNS MAINS, Mohd. Azreen Abu Bakar. Hadir sama Imam Masjid Kampung Kuala Tengah, Hafid Alias dan ketua kampung, Zaili Ujang. #admin Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.