Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

PPK REMBAU SERAH ZAKAT PERNIAGAAN

21mei

REMBAU, 24 Sept - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM39,691.71 kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan tersebut bertempat di Dewan Sri Rembau pagi tadi. Zakat telah diserahkan oleh Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Rembau, Mustafa Katan dan telah diterima oleh Ketua Unit Dakwah, PBMalNS MAINS, Zaharim Kussinni. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Dato' Seri Dr. Awaluddin Said, ADUN Chembong, Dato' Zaiful Bahri Idris, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Pertubuhan Peladang Negeri, Negeri Sembilan, Atan Wahab dan Pegawai Kutipan Rembau, Anuar Hussin. Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.